Wednesday, May 6, 2009
Ramai yang bertanya kepada saya, apa itu Sleepy Wrap (SW)?
Sleepy Wrap adalah baby carrier jenis "wrap", terdiri daripada sehelai kain panjang yang diikat ke badan.
Sleepy Wrap disertakan dengan instruction booklet dan carrying case
Mengapa saya memilih SW berbanding baby carrier jenis lain?
Sebab utama adalah keselesaan kepada bayi dan juga pemakai.
Anak saya sangat colicky semasa usianya 2 bulan. Selalu nak dipegang dan didukung. Saya cuba meletakkannya di dalam stroller tetapi dia hanya akan menangis. Kalau dia nak duduk sekalipun hanya untuk tempoh masa sekejap. So, saya gave up stroller...
Then, saya cuba pula carrier yang macam bag pack tu. Again, anak saya tak suka. Mungkin sebab designnya yang banyak strap dan material yang agak kasar dan kurang selesa. Lagipun, carrier jenis ini susah nak adjust dan susah juga nak masukkan anak ke dalamnya.
I gave up again...
Finally, selepas extensive research melalui internet, saya terjumpa SW dan nekad untuk mencuba satu. Mula-mula anak saya struggle juga sebab tak biasa but after a while dia diam dan terus tidur! Even my husband who was skeptical at first was impressed...
Sekarang ni saya gunakan SW untuk ke mana-mana (stroller dan baby carrier dah jual!). Shopping lebih senang sebab anak sentiasa dekat so tak perlu risau, berbanding dengan stroller, kadang-kadang takut terleka (maklumlah orang perempuan shopping!). Anak saya juga lebih tenang dan senang tidur.
Tak sakit badan ke pakai SW?
Tidak! Sebab materialnya lembut walaupun kukuh. Lagipun cara ikatan SW membuatkan berat beban disebarkan rata ke seluruh bahu dan belakang (kalau sling carrier sebelah bahu sahaja). Tak rasa berat pun...
Secara jujurnya saya boleh berjalan-jalan dengan SW selama 3-4 jam tanpa henti (sekarang berat anak saya hampir 6kg).
Macam susah je nak pakai SW ni?
Sekali imbas macam susah, tapi lepas 2-3 kali mencuba senang je! Ikut sahaja arahan yang disertakan dengan SW. SW adalah stretchy, so tak perlu nak agak berapa besar ruang yang baby perlukan. Hanya ikat SW dengan ketat. Instruction dalam booklet juga sangat mudah difahami.
Baby saya besar, sesuai ke?
SW direka untuk newborn (including premiees) hingga bayi usia setahun, tetapi anda boleh terus menggunakannya selagi anda dan bayi selesa. SW telah diuji boleh menampung berat sehingga 45 pounds (lebih kurang 20kg).
Anak saya tak rasa sakit/ tersepit ke?
Tidak! Material SW adalah stretchy so tidak ada pressure point. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu adjust carrying position yang paling selesa untuk anak anda mengikut usia, saiz dan berat badannya. (Instruction untuk carrying position berbeza disertakan)
Sekiranya anda mempunyai persoalan lain mengenai SW, sila email saya dan insyaAllah saya akan cuba untuk menjawabnya sebaik mungkin.
Nak order? Hubungi saya. (I'm an authorized SW dealer)
Finally, a picture of my baby in his SW (ikut mama shopping!)
Happy babywearing!


Currently have 0 comments:
Post a Comment